Friday, May 8, 2009

KATA ALU-ALUAN




YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi

(YAB Perdana Menteri Malaysia)


“Besarlah harapan saya agar program seumpama ini akan mampu untuk menarik seberapa ramai mungkin golongan muda untuk menyertai Rakan Muda. Sebagai nilai tambah kepada program Rakan Muda, setiap individu yang mendaftar sebagai ahli akan diberikan kad keahlian. Kad ini adalah bertujuan sebagai mekanisma pengumpulan data dan pengiktirafan kepada mereka yang mendaftar sebagai ahli rakan muda.
Saya berkeyakinan penuh bahawa dengan sokongan daripada semua pihak, Insyaalah program Rakan Muda di bawah Rakan Muda Fasa II ini akan memberi impak yang cukup besar dalam perkembangan generasi muda di negara kita."









YB Datuk Ismail Sabri Yaakob

(Menteri Belia Dan Sukan




“Program Rakan Muda yang diperkenalkan sejak 14 tahun yang lalu adalah salah satu program yang mendapat salah satu perhatian kerajaan. Pelbagai kejayaan dan sumbangan telah dicapai melalui program ini. Kerajaan pada 29 Mei 2007 yang lepas telah melancarkan Rakan Muda Fasa 2 yang merupakan kesinambungan kepada program yang terdahulu. Ini dapat menggambarkan bahawa peranan yang telah dimainkan oleh program ini amat signifikan kepada golongan muda".
“Ia dapat dilakukan dengan memperkenalkan pendekatan baru yang lebih menarik minat golongan sasar. Dengan itu akan memberikan nafas baru dan akan menarik minat golongan orang muda yang sentiasa menantikan perubahan dan pembaharuan di dalam program-program kerajaan".

PENGENALAN

Program Rakan Muda merupakan program yang dilaksanakan berasaskan tranformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. Falsafah pelaksanaan adalah selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti. (Community Youth Development ). Penekanan pendekatan pembangunan belia komuniti adalah penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat. Golongan remaja akan digerakkan secara bersama dengan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti meliputi kegiatan ekonomi, sosial, budaya yang dilaksanakan melalui Gaya Hidup Rakan Muda. Penglibatan ini akan meningkatkan peranan remaja dalam masyarakat dan membawa impak pembangunan menyeluruh komunti tersebut. Secara tidak langsung transformasi ini akan membawa golongan remaja dalam arus pembangunan negara.
Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh pengamal Gaya Hidup berkenaan, berdasarkan citarasa dan keperluan persekitaran komuniti tersebut. Di bawah teras ini, tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap. Gaya Hidup Rakan Muda memberi penekanan kepada elemen pembangunan diri remaja, seperti patriotisme, kesukarelaan, berbudaya, pendidikan moral, pembangunan 3K dan selaras dengan pembentukan modal insan yang diberi penekanan oleh kepimpinan negara

LATAR BELAKANG RAKAN MUDA




Program Rakan Muda telah dilancarkan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 29 Oktober 1994. Program ini telah diiktiraf sebagai sebuah program pembangunan sosial dengan tumpuan untuk melahirkan generasi pewaris yang sempurna bertanggungjawab, aktif, berkeyakinan dan berupaya mengawal diri serta menghapuskan amalan-amalan negatif seperti melepak dan sebagainya.
Pendekatan pelaksanaan Program Rakan Muda adalah berdasarkan kepada sembilan Gaya Hidup yang digubal bagi memenuhi citarasa golongan muda. Sembilan Gaya Hidup tersebut ialah Rakan Rekreasi, Rakan Wajadiri, Rakan Sukan, Rakan Kecergasan, Rakan Wirausaha dan Wiramahir, Rakan Masyarakat, Rakan Cinta Alam, Rakan Seni Budaya dan Rakan Kecergasan.
Sejak Rakan Muda dilancarkan sehingga tahun 2006, seramai 5.35 juta remaja telah menyertai Program Rakan Muda melalui 267,489 aktiviti. Program ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada remaja kerana ia berkonsepkan “Dari Remaja Untuk Remaja”. Berdasarkan sambutan yang mengalakkan, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Mei 2007 telah bersetuju untuk meneruskan program ini di bawah Program Rakan Muda dengan pendekatan baru bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa di mana golongan remaja lebih terdedah kepada cabaran globalisasi dan arus pembangunan negara yang pesat.

LOGO RAKAN MUDA REMAJA SIBER


GAYA HIDUP RAKAN MUDA


RAKAN WAWASAN DESA



Kepimpinan, Kesedaran dan Kerjasama antara masyarakat bandar dan desa adalah aspek bagi pembangunan peribadi remaja keseluruhannya. Program ini membantu remaja dalam dan luar bandar membangunkan kesedaran mengenai pentingnya pembangunan masyarakat secara menyeluruh. Spiritual, Mental dan fizikal yang disumbangkan akan menjana tenaga muda yang prihatin,dinamik dan penyayang serta akan menjadi contoh yang baik bagi generasi akan datang



RAKAN WAJADIRI



Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin keperibadian mulia generasi muda. Melalui aktiviti yang memberikan remaja peluang, kesedaran dan pembangunan kemahiran mempertahankan diri dapat memupuk sifat yakin remaja dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup.


RAKAN JIRAN MUDA

Dalam menangani masalah sosial, program ini dapat membantu masyarakat berbilang kaum mencari dan mengatasi masalah yang sedia ada dan akan datang melalui pemantapan intergrasi kaum diantara golongan muda dan masyarakat. Program yang berbentuk kemasyrakatan dan pergaulan yang ceria dan sihat disemua peringkat akan mewujudkan.



RAKAN CINTA ALAM




Khazanah alam yang dipenuhi Flora, Fauna, Haiwan, Sejarah dan berbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Melalui program dan aktiviti penerokaan serta pendedahan mengenai kepentingan penjagaan alam dapat mewujudkan individu yang lebih sihat dan berilmu serta menghargai setiap perkara disekeliling mereka.


RAKAN WIRAUSAHA


Ahli Korporat dan Ahli perniagaan generasi muda akan dilatih dan dilahirkan melalui program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan. Teknik keusahawanan serta bantuan yang disediakan akan dapat mewujudkan satu sistem ekonomi Negara yang lebih maju dan berdayasaing didalam semua bidang diperingkat nasional dan global.


RAKAN KECERGASAN
(Termasuk Sukan Dan Rekreasi)



3 komponen utama aktiviti ini adalah Sukan, Rekreasi dan meningkatkan kecergasan ketahap maksima menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti, menarik, sihat dan berdisiplin.
RAKAN SENI BUDAYA



Bakat berharga yang ada dalam diri setiap remaja tidak harus dipersiakan. Melalui program ini, minat dan bakat-bakat remaja akan dikenalpasti, dilatih, dibimbing oleh tenaga pakar. Tunjuk ajar serta aktiviti-aktiviti yang dirancang pastinya bakal mewujudkan bakat-bakat muda berpotensi tinggi disamping bagi memantapkan lagi nilai-nilai diri dan peribadi diri remaja yang menyertainyA.


RAKAN INOVASI



Bakat kreatif, inovatif dan kemahiran semulajadi yang ada dalam diri remaja adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda. Melalui program dan aktiviti serta bimbingan dari tenaga pakar, program ini pastinya akan dapat melahirkan tenaga muda yang mahir, berdaya cipta, moden dan sebagai penyedia tenaga pakar masa hadapan dalam industri teknologi canggih, moden dan mapu berdaya saing di peringkat global.